[Tidur] Akibat tidur tanpa menanggalkan mekap mata


Kebanyakan golongan wanita mungkin berpendapat bahawa tidur tanpa menanggalkan mekap di mata buat hanya beberapa kali sahaja tidak mungkin akan mendatangkan kesan buruk. Namun, tahukah anda akan akibat tidur dengan maskara, celak atau pembayang mata yang masih berada di wajah? kenapa?


Beberapa kajian mendapati bahawa walaupun tidur tanpa menanggalkan mekap mata tidak akan mengakibatkan penghasilan garisan halus atau jerawat, tetapi tabiat tersebut masih boleh membawa kepada masalah lain. Iritasi mata boleh berlaku sekiranya bahan tersebut termasuk dalam mata ketika anda sedang tidur akibat geseran dengan bantal.

Tambahan pula, tabiat sedemikian jika dibuat berulangkali akan menyebabkan folikel bulu mata dan kalenjar minyak di bahagian mata tersumbat, lantas membawa kepada pembiakan bakteria yang menjadi punca radang kulit. Sebagai akibat, bintik kecil yang dikenali sebagai styes atau hordoelum akan terbentuk.

Walaupun boleh dihilangkan, namun bintik-bintik yang terbentuk masih perlukan rawatan doktor.  Oleh itu, demi mengelakkan masalah tersebu dari berlaku, anda dinasihatkan untuk meletakkan penanggal mekap bersama kapas di atas katil agar mudah untuk anda menanggalkan mekap ketika berada dalam keadaan yang terlalu penat.


Comments

Popular posts from this blog

Apabila Si Tua Bergaduh

IPhone 5 Vs Samsung Galaxy S4